Saya mula buat bisnes online ni pada tahun 2011. saya pun masih baru lagi kan...tu pun buat secara kecil-kecil jer....Ini dia cara dan tipsnya...
1. Produk. Tak kira meniaga online ke offline. mestilah kena ada produk. hehe. takkan la nak meniaga, tapi takde produk. kalau boleh, cari produk yang unik dan ramai orang suka. jangan jual produk yang dah ramai orang jual. sebagai contoh, tudung..tudung kan cepat keluar fesyen baru. janganlah tetiba baru nak jual fesyen yang outdate. kalau boleh, cuba juga grab peluang. sebagai cth, sekarang tengah femes durian crepe. walaupun dah ramai yang jual, tapi masih laku. jadi boleh cepat-cepat ambil kursus belajar cara buat yang betul dan jual.
2. Ambil gambar produk. yang ni penting, sila usaha untuk ambil gambar produk kita sendiri. sebagai contoh, teringin nak jual kek ke..tudung ke..handbag ke...apa-apa je lah. tapi ambil gambar orang lain punya. Saya selalu kena. orang ambil gambar produk saya pastu claim dia buat, untuk dapatkan tempahan. Saya dulu mula2 nak meniaga, sanggup buat pelbagai produk untuk ambil gambar. memang akan keluar modal yang banyak, hanya untuk ambil gambar. tapi bila kita jujur, insyaAllah akan pulang modal. bila curi gambar orang, tu dah dikira tak jujur. ye tak? tapi apa-apa pun rezeki dari ALLAH S.W.T kan...
3. Bina blog. ini penting, sebab kalau buat carian google. akan keluar website blog kita. sangat jarang keluar link facebook kat carian google. kalau tak pandai nak buat,sila boleh upah orang buat. sekarang dah ramai orang ambil servis buat blog. dan kalau boleh, keluarkan sikit duit untuk design blog yang cantik dan menarik. jangan buat blog yang suram dan serabut. Boleh menyebabkan orang takde mood untuk scroll dan tengok produk-produk jualan kita. konsepnya sama macam kalau kita pegi kedai la, kedai yang cantik tersusun comel menarik lagi buat kita rasa seronok nak membeli, dari masuk kedai yang catnya gelap dan barang bersepah-sepah serabut..renung-renungkan...
4. Buka akaun facebook. Kalau boleh buka dua-dua. Fanpage dan akaun personal khas untuk berniaga. dari pengalaman saya, akaun personal lagi cepat menarik perhatian daripada fanpage. mungkin personal facebook buat pelanggan rasa lagi dekat dan senang nak berbincang dengan kita. Seriously, facebook sangat penting untuk berniaga online. sekarang semua orang ada facebook. sekurang-kurangnya, pada permulaan, kawan-kawan terdekat tau tentang perniagaan kita. jadi diorang boleh promote kat orang lain.
***PENTING! kena ada dua-dua akaun. blog dan facebook. blog untuk carian google, facebook untuk promosi pada orang-orang terdekat pada permulaan. juga sila letak facebook badge di blog. jadi pelanggan yang datang dengan carian google, boleh ke facebook anda.
5. Advertise. Yang ni paling penting dalam perniagaan online. sebab kita sendiri yang kena iklankan, orang tak datang sendiri. Lain dari kedai nyata, bila kita buka kedai. orang sekeliling atau yang melalui jalan depan kedai kita, akan tau yang kita ni kedai. tapi kalau online, kalau kita tak promote, memang orang tak akan tau. cara iklan yang free, selalu shout kat facebook dan masuk blog sesiapa saja, kemudian iklankan blog kita. free tapi time consuming. cara iklan yang efektif tapi berbayar, buat facebook advertise atau iklankan di blog-blog yang popular seperti sepet88, cik epal, fatin liyana, namee roslan dan lain-lain.
Okey lah...Ini je dulu tips dari saya. cam senang je kan nak mulakan perniagaan online....senang jer pun tapi yang paling penting, kena berani! BERANI...BERANI.....kalau tak berani nak tak cepat-cepat grab peluang, susahhhh...lagi satu....bila perniagaan dah semakin maju and sebati dalam diri, jangan lupa cepat-cepat daftarkan perniagaan ya semua! Jadi peniaga yang sah. :)
~~HARAP TIPS INI DAPAT MEMBANTU ANDA YG BARU NAK MEMULAKAN BISNES~~~
SELAMAT MAJU JAYA SEMUA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan